BEST HOST
MALAYSIA

Web Hosting Terbaik Malaysia 2020 – Mencari Hos Laman Sesawang Di Malaysia? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

10 min read

Bukan mudah nak mencari hos laman sesawang tempatan (Malaysia) yang mampu memberikan tawaran terbaik. Ada pelbagai faktor yang anda perlu ambil kira. Antaranya harga dan lokasi. Itu adalah antara perkara pertama yang anda kena ambil tahu apabila melibatkan penggunaan pusat data.

Namun, persoalannya disini adakah hos tempatan cukup relevan untuk digunakan?

Soalan yang kritikal tapi menarik, bukan? Pasti ada pro dan kontranya! Kenapa admin kata begitu? Banyak perkara yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum membuat sebarang pilihan. Jangan terburu-buru tau! Kaji dahulu, tak pun boleh baca cadangan hos yang admin kemukakan ni. Lebih mudah untuk anda faham nanti. Admin jamin tu.

 

Seperti yang admin kata tadi, apabila kita bercakap (berbicara) tentang hos laman sesawang ada banyak faktor yang perlu difikirkan. Yang pastinya ianya bukan hanya tentang dari mana asal hos tersebut. Tak kisahlah hos laman sesawang tu hos tempatan atau hos antarabangsa, yang penting hos yang digunakan mampu menampung dan membekalkan data yang diperlukan oleh pengguna website.

Walau bagaimanapun, seribu satu soalan timbul apabila beratus pembekal hos tempatan mahupun antarabangsa tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Susah betul kita nak pilih. Hos mana ada servis terbaik? Harga berpatutan tak? Pusat data macam mana pula? Besar tak? Memang banyak yang bermain di fikiran.

Jadi, hari ni admin nak kongsi dengan anda hos laman sesawang yang berikan servis tip-top dengan harga terbaik!

Hos Antarabangsa Atau Tempatan?

Ada dua cara untuk pilih hos laman sesawang anda. Anda boleh pilih nak guna hos tempatan ( Malaysia)/Singapura atau hos antarabangsa lain yang membekalkan data di rantau ini. Cuma anda kena ingat faktor utama pemilihan hos laman sesawang terletak pada lokasi pengguna yang telah disasarkan.

Anda kena tahu, prestasi pelayan laman sesawang sangat-sangat berbeza berdasarkan lokasi pengguna. Kadang – kadang ada pelayan interenet yang memang laju dekat Malaysia tapi lambat macam siput bila dekat London. Tak guna la anda guna hos laman sesawang tu kalau anda sasarkan penggunaan laman sesawang dekat UK sebab responnya memang lambat.

Pendek kata, anda kena betul-betul pastikan hos yang anda pilih tu mampu untuk beri respon dengan baik tak kira la dekat mana lokasi penggunaanya.

Pusat data terbaik Malaysia! Ini rekomendasi kami!

Kita selalu beranggapan bahawa laman sesawang yang disasarkan kepada pengguna Malaysia haruslah mempunyai hos dari tempat yang sama. Tapi kadang kala tak salah kalau kita lihat sedikit jauh ke selatan. Percayalah ianya tidak akan merugikan anda. Bahkan, lebih banyak pilihan yang tersedia.

Ye betul! Singapura antara pilihan terbaik yang anda ada. Walaupun mempunyai saiz yang kecil namun, pusat data Singapura menjadi pilihan para pelabur di rantau Asia tenggara sebagai pusat data untuk laman sesawang mereka.

Bayangkanlah syarikat-syarikat besar seperti Netflix dan IBM memiliki ibu pejabat mereka di Singapura. Justeru itu, kita tak boleh nak nafikan lagi bahawa Singapura sememangnya menerajui infrastruktur data berkelas dunia. Bukan setakat jamin keselamatan data pengguna tetapi dalam masa yang sama pusat data mereka tidak tergugat dek bencana alam dan liputannya memang fantastik habis.

Rujuk rajah dibawah: kabel serat optik bawah laut di kawasan terpilih

Web Laman Terbaik Malaysia (Pusat Data Singapura)
Source rajah

Seringkali kita beranggapan bahawa internet yang kita gunakan hari ini di salurkan melalui satelit. Tapi apa yang anda tak tahu ialah hampir 95% trafik internet masih lagi diakses dan dihantar melalui rangkaian kabel serat optik bawah laut.
Kabel ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tapi ianya tak terlalu tebal jadi masih ada risiko untuk rosak kerana faktor usia dan mungkin juga bencana alam.

Tadi admin cadangkan anda guna hos laman sesawang dari Singapura. Betul tak? Inilah sebab sebenarnya. Kalau anda perasan dalam rajah diatas anda boleh lihat dengan jelas bahawa Singapura mempunyai sambungan kabel yang lebih banyak berbanding Malaysia.

Maka kalau ada berlaku sebarang masalah seperti ada kabel yang gagal berfungsi sebab rosak atau sebagainya, anda masih ada back up sebab kabel lain masih boleh berfungsi. Jadi, laman sesawang tetap boleh berfungsi seperti biasa. Takde la terkocoh-kocoh anda sebab laman sesawang down dan tak berfungsi.

Untuk pengetahuan anda Kajian Cushman & wakefield sendiri mengiktiraf, Singapura sebagai lokasi terbaik untuk akses data di rantau ini.

Jadi tak pelik jika Singapura jadi tumpuan sebagai pusat data utama yang menampung hampir 54% aliran trafik di seluruh Asia Tenggara.

Tak hairanlah, kalau admin cadangkan Singapura sebagai salah satu pilihan terbaik untuk menjadi hos data anda.

 

5 Web Hosting Terbaik Untuk Website Malaysia!

Bukan mudah nak perincikan semua maklumat ni. Tapi kebetulan kita dah bincang tentang topik yang panas sebab media digital makin berkembang, so, admin nak kongsikan 5 hos data terbaik yang tidak akan menghampakan anda berdasarkan pemerhatian yang admin dah lakukan.

1. Hostinger Malaysia

Hostinger merupakan syarikat antarabangsa, yang telah melebarkan sayapnya ke 6 buah negara. Hebatkan? Ini merupakan tawaran terbaik untuk pengguna Malaysia untuk menggunakan servis mereka mestilah melalui hos data mereka di Singapura.

Hostinger Malaysia

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
* Harga pengenalan yang gila @ diskaun 90%!

Perkara yang paling menarik hostinger tawarkan ialah harga pengenalan yang murah gila. Harga intro serius terbaik dari ladang. Tak dapat dekat tempat lain dah.

  • Pelan hosting secara perkongsian bermula serendah pada RM5.49 / sebulan
  • Pelan hos VPS bermula serendah pada RM16.55 / sebulan

Power kan harga yang mereka beri? Memang tak boleh bawak bincang harga macam ni. Murah gila. Kalau nak tahu hostinger adalah salah satu hos data termurah di pasaran. Mereka berikan nilai terbaik untuk anda. Sebab tu lah mereka telah menjadi pilihan lebih 29,000 pelanggan sehingga kini.

Mesti anda tertanya-tanya harga murah tapi kualiti rangkaian macam mana?

Bab tu jangan bimbang. Hostinger ni bukan calang-calang hos data ye. Mereka beri jaminan penggunaan data sehingga 99.9% tau. Terima kasih kepada Bitninja Hostinger yang sentiasa memastikan aliran data dalam keadaan baik dan servis sokongan diberikan secara berterusan.

Mungkin anda risau sebab hostinger syarikat antarabangsa, macam mana nak berhubung kan? Faham cakap melayu ke? Sebenarnya Hostinger dah tawarkan perkhidmatan pelanggan di 4 pusat setempat (terdekat untuk rakyat Malaysia ialah Yogyakarta, Indonesia).

Jangan bimbang mereka boleh bercakap dalam 20 bahasa termasuk bahasa Indonesia. Mudahlah jika anda nak berkomunikasi dan bertanya tentang sebarang keraguan.

Bab harga mereka memang peneraju utama. Semua ni hasil versi cPanel, yang dikenali sebagai hPanel. Ianya ekslusif dan hanya digunakan oleh Hostinger. Perkara inilah yang menjadikan “dashboard” anda lebih kemas, bersih dan simple . Ini memudahkan anda untuk menguruskan laman sesawang anda hanya dari satu ruangan sahaja.

Macam mana dengan urusan bayaran?

Hostinger hPanel
Hostinger hPanel

Hostinger menerima pelbagai pilihan bayaran. Anda boleh pilih nak bayar menggunakan kad kredit pay pal atau Bitcoin. Semuanya terpulang pada anda. Jangan lupa yang hostinger juga akan daftarkan satu domain secara percuma untuk anda. Yang ni hos lain belum tentu boleh bagi walaupun anda bayar mahal. Sebab tu hostinger ni awesome sangat-sangat.

Walau bagaimanapun hostinger tidak didatangkan bersama elaun CDN tetapi mereka menawarkan harga termurah lengkap dengan sokongan setempat. Anda tentu suka.

Hostinger Malaysia

https://www.hostinger.my/

Jaminan Capaian

99.9%

Pusat Data

Singapura

Harga /Bulan

RM2.99

Kelebihan Hos

● Nama domain percuma

● Ruang simpanan tanpa had

● Rangkaian tanpa had

● hPanel

● Sokongan tempatan yang sangat baik

Apa yang perlu anda tahu

  • Untuk menikmati harga pengenalan Hostinger yang terendah, anda perlu setuju terima komitmen selama 48 bulan. Namun, harga pelan perkongsian hos untuk 12 bulan cuma RM11.15 dan masih berbaloi.
  • Bagi SSL, CDN dan backup tidak didatangkan dengan percuma

2. A2 Hosting Singapura

A2 adalah syarikat antarabangsa lain yang menawarkan pelayan data di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Melihat reputasi syarikat ini, admin dengan yakinnya mencadangkan pengguna tempatan untuk menjadikan syarikat ini sebagai hos data anda melalui akses pelayan data mereka di Singapura.

A2 Hosting

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
* Penggunaa sumber data tanpa had, tanpa kekangan hanya pada satu harga.

Walaupun tidak semurah Hostinger, A2 masih masih menawarkan harga yang munasabah, dengan menawarkan pelan perkongsian hos data bermula pada harga dari $ 3.92 (RM16) manakala pelan hos VPS pula bermula dari $ 5.00 (RM20).

Admin memang respect habis dengan syarikat ni sebab A2 adalah syarikat yang tahu apa yang mereka tawarkan untuk jumlah yang telah anda bayar. Bayar mahal sikit tapi kalau servis dan liputan tip top, kenapa tidak kan? Betul tak?

Semua pelan perkongsian hos didatangkan dengan penyimpanan data SSD yang lebih pantas dan besar, Cloudflare CDN, perlindungan Hackscan, dengan fungsi optimum (memastikan aplikasi yang anda pasang cepat dan selamat).

Pelan termurah yang mereka tawarkan adalah pelan Lite tetapi sangat terhad. Apa kata anda cuba pelan swift ianya cuma $ 4.90 (RM20) / sebulan. Nak tahu apa yang anda bakal dapat dengan pelan swift ni? Anda dapat unlimited akses,okay. Dimana anda boleh layari laman sesawang yang diingini, email, pangkalan data,pemindahan, penyimpanan data dan pelbagai lagi. Semua ni tak ada had. Cakap dekat admin apa lagi yang anda nak? A2 dah berikan semuanya.

Lagi best sebab anda tak perlu dah bayar untuk penggunaan SSL. Semua ni dah termasuk dalam pelan tadi.

Kalau anda ada wang tunai yang banyak, admin cadangkan anda usha pelan Turbo mereka. Dengan bayaran sebanyak $ 9.31 (38.02) / sebulan, anda boleh menikmati penggunaan pelayan Turbo yang dikatakan mampu memuat naik laman sesawang sehingga 20 kali lebih pantas disamping meningkatkan penggunaan cache 3 kali lebih pantas.

Semua ini, di tawarkan pada harga yang sangat berpatutan, Ianya menjadikan A2 sebagai solusi yang sangat terbaik untuk laman sesawang kecil dan sederhana. Tak kira la sama ada anda pengguna di Malaysia atau sebaliknya.

Jaminan Capaian

99.9%

Pusat Data

Singapura

Harga /Bulan

RM15.68

Kelebihan Hos

● Guna SSD tanpa had

● Rangkaian tanpa had

● Dioptimumkan untuk WP

● Perpindahan laman sesawang percuma

● Jaminan pulangan wang

Apa yang perlu anda tahu

  • Sumber 'tidak terhad' tidak boleh diambil 100% secara literal - jika laman web anda mula melebihi bahagian sumber yang diperuntukkan, ada kemungkinan hos akan mula menyekat sumber anda.
  • Agak banyak laporan yang menyatakan, mereka mempunyai system sokongan yang perlahan. Dan ada kalanya tak boleh bersambung dengan chat.

3. SiteGround Singapura

Berada di tempat ketiga dalam senarai admin, tak lain tak bukan SiteGround. Merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Bulgaria, tapi anda pasti lebih berminat dengan pusat data mereka di Singapura. Senang untuk diakses oleh warga Malaysia

Ops sebelum admin terlupa, mereka juga ada pusat data di Chicago, Amsterdam dan London. Dahsyatkan?

SiteGround

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
* Dengan pembelian premium, korang dapat semua dalam satu! Dah la tu, jenama terkemuka dan bereputasi tinggi ni…

Ditubuhkan pada tahun 2004, SiteGround adalah syarikat hos data yang terkemuka dan menawarkan pelan premium semua dalam satu.

Excited nak tahu? Anda baca sendiri apa yang mereka tawarkan!

Walaupun tidak semurah dua pelayan data yang admin cadangkan tadi (ingat balik harga pembaharuan pelan), kekuatan SiteGround terletak pada kualiti tawaran yang mereka berikan. Terutamnya dari aspek kelajuan, keselamatan dan sokongan. Di mana perkara-perkara ini cukup penting untuk anda sebagai pengguna.

  1. Kelajuan
    Mereka menggunakan cakera SSD untuk mempercepatkan kelajuan, dalam masa yang sama ianya mempercepatkan akses laman sesawang anda. Semua pelan datang dengan Cloudflare CDN secara percuma untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan dari lokasi terpantas, termasuk perisian caching premium, dan SuperCacher yang dikatakan mampu meningkatkan muat naik 4 kali lebih pantas.
  2. Keselamatan
    SiteGround menawarkan 99.9% jaminan masa pengaksesan, dengan langkah-langkah keselamatan yang mengagumkan untuk menyokongnya. Firewall aplikasi web SiteGround dikemas kini secara berterusan (mereka telah menambah 300 peraturan olahan sendiri sejak tahun lalu). Mereka juga menggunakan penyelesaian AI bagi membantu menghalang 5 juta serangan pencerobohan maklumat setiap hari, di seluruh pelayan mereka.
  3. Sokongan
    Anda boleh menghubungi pasukan sokongan 24 jam sehari dan 7 hari dalam seminggu. Mereka ni tak cuti. Apa-apa masalah anda boleh telefon dan mesej. Pelan pertengahan dan keatas dapat keutamaan sokongan. Sokongan premium la katakan...

Bagi anda yang pertama kali nak mencuba, pelan termurah SiteGround bermula dari $3.95 (RM16 sebulan. Anda perlu ingat bahawa harga pelan ini boleh melonjak sehingga melonjak sehingga $11.95 (RM49) sebulan selepas pembaharuan pelan dilakukan.

Puas hati kan? Anda dapat nikmati pelbagai kelebihan yang hos lain tak dapat berikan termasuklah akses sijil SSL, dan hosting email serta seberapa banyak alamat e-mel yang anda mahu.

Konklusinya, jika anda menghitung kembali apa yang anda bakal perolehi, harga SiteGround adalah sangat kompetitif dan berpatutan.

Apa yang pasti anda boleh harapkan dari Site Ground ialah ciri-ciri istimewanya yang bukan sahaja kukuh malah berkualiti tinggi. Nikmati dunia dengan tenang bila adanya kelajuan mengakses data di tahap maksimum

Jaminan Capaian

99.9%

Pusat Data

Singapura

Harga /Bulan

RM15.80

Kelebihan Hos

● Simpanan data SSD 10GB

● 10,000 pelawat sebulan

● cPanel dan akses SSH

● CDN- Cloudflare percuma

● Sandaran data harian percuma

Apa yang perlu anda tahu

  • Harga pembaharuan SiteGround mungkin lebih tinggi dari masa ke masa dan ini mendatangkan kejutan kepada sesetengah pihak!

4. Exabytes Malaysia

Exabytes adalah sebuah syarikat tempatan yang menawarkan hos data yang boleh dipercayai.

Mereka mempunyai lokasi pusat data di Amerika Syarikat, tetapi tumpuan lebih diberikan di Asia kerana data mereka berpusat di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Bagi pengguna Asia Tenggara, admin syorkan anda gunakan hos dari Singapura. Sebab apa? Jangan kata lupa, admin dah beritahu tadi dekat permulaan artikel. Kecil hati admin kalau korang lupa sebabnya.

Exabytes Malaysia

Exabytes pilihan utama admin dari kalangan syarikat tempatan!

Hal ini demikian kerana, Exabytes dah menang banyak anugerah tempatan. Mereka memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat tempatan dan merakalah peneraju kepada wujudnya Anugerah Laman Web Malaysia (MWA). Kiranya mereka ni dah diiktiraf sebagi hos data terbesar Malaysia.

Pelan yang mereka tawarkan sangat berpatutan, anda hanya perlu bayar RM14.99 / sebulan untuk untuk melanggan pelan EBiz Lite mereka. Pelan perkongsian pun ada, dan ianya didatangkan dengan jaminan pulangan wang selama 100 hari. Jadi boleh la anda cuba test dahulu pelan yang mereka tawarkan.

Bagi admin Exabytes sebenarnya pilihan yang sangat baik untuk laman sesawang e-dagang Malaysia,khususnya. Bukan apa, mereka menawarkan perkhidmatan reka bentuk e-dagang (dengan harga yang sedikit lebih tinggi) tapi disertakan dengan faedah seperti akaun e-mel perniagaan dan gerbang integrasi pemindahan kad kredit dan urusan pemindahan wang melalui bank tempatan di tahap premium.

Dari aspek sokongan, mereka mempunyai pasukan tempatan yang berpangkalan di Suntech @ Penang Cybercity. Pasukan ini berkhidmat dalam pelbagai bahasa tempatan. Mereka boleh dihubungi melalui telefon, meja bantuan, live chat atau melalui e-mel, 24 jam sehari.

Mereka cukup bangga dengan kebolehan mereka dalam memastikan laman sesawang dapat diakses dengan pantas. Mereka juga janji yang laman sesawang anda boleh beroperasi dalam tempoh 7 hari sahaja jika anda mendapatkan pakej pembinaan laman sesawang (website-building) dari mereka. Anda bayangkanlah, mereka mampu claim migrasi data hanya mengambil masa beberapa jam! Hebat sungguh!

Selain perkara diatas apa lagi yang anda boleh dapat? Antara kelebihan lain yang akan anda nikmati termasuklah, domain mesra SEO, perlindungan privasi domain percuma (bernilai RM60 / tahun), sijil pilihan SSL percuma, dan back up data harian (hanya beberapa sahaja)

Secara keseluruhan, exabytes adalah pilihan yang baik untuk laman sesawang kecil atau sederhana untuk pengguna yang berpangkalan di Malaysia, dan untuk anda yang lebih suka menyokong syarikat tempatan.

Exabytes Malaysia

https://www.exabytes.my/

Jaminan Capaian

99.5%

Pusat Data

Malaysia

Harga /Bulan

RM14.99

Kelebihan Hos

● 50GB ruang cakera

● 100GB jalur lebar

● 99.5% capaian jaminan

● WordPress, Joomla

● Sokongan email 24/7

Apa yang perlu anda tahu

  • Dari segi perkakasan Exabytes dianggap sedikit ketinggalan zaman berbanding hos data antarabangsa yang lain. Walaupun pusat data mereka berpusat di rantau ini namun, mereka mungkin tidak dapat membekalkankan kelajuan muat naik laman sesawang Asia tenggara dengan pantas.
  • Mempunyai jaminan uptime pelayan sebanyak 99.5%, sedikit lebih rendah daripada yang lain.

5. Shinjiru

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia, Shinjiru mempunyai sejumlah 8 lokasi di luar pesisir seluruh dunia (dan angka ini akan terus berkembang!)

Senang cerita, anda mempunyai peluang yang baik untuk mencari pusat data berhampiran anda, walau di mana sahaja anda berada.

Shinjiru

Admin menamatkan senarai pilihan top 5 hos data dengan syarikat tempatan, Shinjiru. Mereka adalah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi dan merupakan salah satu daripada syarikat hos tertua Malaysia.

Shinjiru menyatakan yang meraka adalah salah satu syarikat hosting laman sesawang yang paling berpengalaman di dunia. Tidak hairanlah, jika mereka telah membekalkan data untuk laman sesawang luar pesisir dan laman sesawang tanpa nama sejak tahun 2000!

Shinjiru menawarkan rangkaian perkhidmatan yang sangat luas, dengan tujuan untuk melindungi privasi pengguna dan larangan penutupan laman sesawang(anti-website shutdown). Mereka adalah salah satu dari beberapa hos data yang menawarkan Bitcoin Hosting. Ini bermakna anda boleh bayar akaun anda tanpa nama. Memang jaga sungguh privasi pengguna ni!

Dari segi perkongsian hos, pelan yang ditawarkan ialah ECO STARTUP. Dengan harga bermula serendah RM9.90 / sebulan (dengan komitmen selama 36 bulan). Ini adalah tawaran yang memberikan laman sesawang anda sehingga 10GB data, dengan lebar jalur tanpa had dan alamat e-mel yang tidak terhad. Boleh tahan kan? Bahkan anda juga dapat SSL dan backup data yang dipadam secara percuma.

Pengguna menikmati jaminan 99.99% uptime. Terima kasih kepada perkakasan mereka yang dikatakan memenuhi kualiti piawaian antarabangsa.

Anda bukan sahaja dapat menikmati privasi dan ketenangan tetapi Shinjiru turut memberikan anda pengalaman yang sangat menarik semasa anda menggunakan servis hos data mereka. Perkongsian hos data yang diolah sendiri menggunakan cPanel dipertingkatkan mengikut kesesuaian pengguna bagi memudahkan pengurusan laman web, domain, fail, dan lain-lain. Hasilnya cukup kemas dan teratur!

Oleh itu, jika laman sesawang anda adalah laman sesawang peribadi atau laman sesawang perniagaan (permulaan) dan privasi adalah keutamaan anda, Shinijru mungkin salah satu pilihan yang patut anda tinjau.

Jaminan Capaian

99.9%

Pusat Data

Malaysia

Harga /Bulan

RM9.90

Kelebihan Hos

● 10GB ruang cakera

● Rangkaian tanpa had

● Akaun email tanpa had

● Sandaran data yang pantas (FastVault)

● Panel kawalan - cPanel

Apa yang perlu anda tahu

  • Adalah sukar untuk memastikan secara sah sama ada mereka boleh dipercayai atau tidak. Admin ada je baca komen beberapa pelanggan yang menyatakan ada masalah downtime (akses lambat).

Kesimpulannya

Pusat Data

Singapura

Harga sebulan

RM2.99

Maklumat lanjut

Pusat data

Singapura

Harga sebulan

RM13.16

Maklumat lanjut

Pusat data

Singapura

Harga sebulan

RM15.80

Maklumat lanjut

Apa yang admin dapat simpulkan disini, untuk laman sesawang Malaysia, admin dengan yakinnya mencadangkan hos data antarabangsa yang terkenal dengan masa tindak balas yang pantas di seluruh dunia sebagai pilihan utama.

So kita recap balik 3 hos data terbaik pilihan admin:

  1. Hostinger
    Sangat murah, uptime yang pantas dan tahap keselamatan yang tinggi, ada intuitif antara muka dan sokongan pelanggan setempat.
  2. A2 Hosting
    Hos yang kaya dengan pelbagai tawaran 'tanpa had', tapi still admin cadangkan pelan yang lebih baik sebab mereka tawarkan lebih lagi berbanding pelan basic (termurah) mereka.
  3. SiteGround
    Hos data yang mempunyai kelajuan pantas, keselamatan di tahap tinggi dan pasukan sokongan yang sangat efisien. Cuma kos anda akan meningkat untuk setiap pembaharuan pelan tapi masih tak membebankan sebenarnya jika nak dibandingkan dengan apa yang anda perolehi.

Memang la rakyat Malaysia cukup di kenali dengan sikap gemar tawar-menawar. Tapi harga bukan segala-galanya. Kita kena banding juga dengan kualiti perkhidmatan yang kita terima. Yang penting kita tahu apa yang kita perlukan dan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Buat homework dulu sebelum buat sebarang pilihan.

Dari situ, anda boleh kenal pasti hos data mana yang menawarkan pelan terbaik untuk anda dan sebagai pengguna anda perlu bijak memilih pelan dengan nilai terbaik. Semoga Berjaya semua!